ADreka

ADreka ADreka Menyediakan Khidmat Pelukis Pelan Senibina dan Khidmat nasihat Rekabentuk Rumah Idaman Anda

12/11/2020

idea menarik .....🙂🙂🙂

3D PROPOSAL AUTOEXPERT WORKSHOP
15/10/2020

3D PROPOSAL AUTOEXPERT WORKSHOP

03/04/2019

CARA PENGIRAAN BATA :

1 IKATAN STRETCHER / DATAR BATA (Tebal 1 Bata) :
Cari keluasan tembok iaitu = Panjang x tinggi tembok
Panjang 5m dan tinggi 3m = 5 m x 3 m = 15m²
= 15 m x 60 biji/ketul ( 1 m² = 60 biji bata - Stretcher )
Jumlah bata = 900 ketul Mortar ( Bancuhan 1 : 4)
Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu :
1) Berpandukan bil. bata = 900 ketul x 0.5/1000 = 0.45 m³
2) Berpandukan luas tembok = 15 m² x 0.03 = 0.45 m³
Simen = 1/5 x 0.45m³ = 0.09 m³ Dalam kiraan beg/kampit
= 0.09 m³ x 28.25 bag/kampit = 2.5 bag Pasir
= 4/5 x 0.45 m³ = 0.36 m³

IKATAN STRETCHER / SISI BATA (Tebal 1/2 Bata) :
Formula Pengiraan Bata : Cari keluasan tembok iaitu
= Panjang tembok x tinggi tembok
Contoh 2. Ikatan English ( lihat Rajah B)
= Panjang 5m dan tinggi 3m = 5 m x 3 m = 15m²
= 15 m x 120 biji/ketul ( 1 m² bersamaan 120 biji bata untuk ikatan 1 bata tebal)
Jumlah bata = 1800 ketul

Mortar ( Bancuhan 1 : 4)

Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu :
1) Berpandukan bil. bata = 1800 ketul x 0.5/1000 = 0.90m³
2) Berpandukan keluasan tembok = 15 m² x 0.06 = 0.90m³
Simen = 1/5 x 0.90m³ = 0.18 m³
Dalam kiraan beg/kampit = 0.18 m³ x 28.25 bag/kampit = 5 bag Pasir = 4/5 x 0.90 m³ = 0.72 m³

FORMULA KERJA-KERJA MELEPA (PLASTER) :

Panjang x Lebar 25 m x 3 m = 75 m²
Ketebalan lepaan adalah 19 mm = 75 m² x 0.019 m
Jumlah Mortar = 1.43 M³
Jumlah Simen = 1.43 M³ x 1/5 = 0.286 M³
Kiraan dalam beg/kampit 0.286 x 28.25 = 8 beg simen
Jumlah Pasir = 1.43 m³ x 4/5 = 1.14m³

FORMULA PENGIRAAN JUBIN / MOZEK :

LUAS KAWASAN LUAS ÷ JUBIN
Contoh 1: Jika saiz jubin 300 mm x 300 mm Luas Kawasan = panjang x lebar = 25 m x 3 m = 75 M²
Luas Jubin = 300mm x 300mm
= 0.300 m x 0.300 m = 0.09 m²
Bilangan Jubin = 75 m² ÷ 0.09 m² = 834 keping

FORMULA KIRAAN MORTAR PELEKAT (MORTAR BED) :
Panjang x Lebar 25 m x 3 m = 75 m²
Ketebalan mortar 20 mm = 75 m² x 0.0003.
Jumlah Mortar = 1.5 M³
Jumlah Simen = 1.5 M³ x 1/5 = 0.30 M³
Kiraan dalam beg/kampit = 0.30x 28.25 = 8.5 beg simen
Jumlah Pasir = 1.5 m³ x 4/5 = 1.2 m³

KIRAAN PELEKAT ADHESIVE FORMULA :
Panjang x Lebar = 25 m x 3 m = 75 m²
Ketebalan adhesive 5 mm = 75 m² x 0.005m
Jumlah Mortar = 0.37 M³

FORMULA PENGIRAAN ISIPADU KONKRIT :

= Panjang x Lebar x Tinggi = 15 m x 5 m x 1 m
Isipadu konkrit = 75 m³ ( Nisbah Bancuhan 1:2:4 )
Jumlah simen = 1/7 x 75 m³ = 10.72 m³
Kiraan Dalam Beg/Kampit = 10.72 x 28.25 beg
= 303 bag/kampit
Jumlah Pasir = 2/7 x 75 m³ = 21.43 m³
Jumlah Batu = 2/7 x 75 m³ = 42.86 m³

FORMULA PENGIRAAN ATAP

Luas kawasan ÷ Luas Atap = Bilangan Atap (keping) Contoh Pengiraan:
Luas Kawasan = 15m x 5m = 75 m²
= 75 m² bersamaan 807 k²
Bilangan Atap = 807 k ² ÷1 k² = 807 keping
Nota: Anggaran Pingiraan a) 1m3 simen = 28.25/bag b) 1 m² bersamaan 10.76 k²)

FORMULA PENGIRAAN SILING :

Keluasan siling rumah ditentukan oleh horizontal. Jika sama timbangan air boleh terus gunakan formula begini.
Kira luas sekeping siling.
Contoh 0.6 m x 1.2 m = keluasan sekeping siling
Jadi keluasan = nilai x darab nilai y.
Jumlah tersebut bahagi dengan keluasan sekeping siling . Dapat jumlah keping yang akan digunakan.

FORMULA PENGIRAAN CAT :

CAT AIR (dinding bersimen)
Kira dahulu keluasan yang akan di cat.
Formula cat adalah 1 liter cat boleh meliputi dinding seluas 15 meter persegi (untuk 1 lapisan)
1 liter = 15m2. Jadi keluasan keseluruhan bahagi dengan 15m2 kita akan mendapat jumlah liter cat yang akan digunakan. Pengiraan ini adalah untuk 1 lapisan yang dicat sahaja.

CAT MINYAK (Besi / kayu / zink)
Formula yang digunakan adalah 1 liter cat boleh meliputi dinding seluas 18m2.
1 liter = 18m2

Pengiraan untuk cat diatas adalah untuk permukaan yang telah disapu dengan cat alas (undercoat) pengiraan untuk undercoat adalah 1 liter cat bersamaan 20m2.

Kenangan projek tahun 2004 - measure drawing bangunan Masjid Panglima Kintar, Perak.
05/04/2016

Kenangan projek tahun 2004 - measure drawing bangunan Masjid Panglima Kintar, Perak.

Cadangan merekabentuk banglo 1 tingkat di kelantan until encik sahari
16/02/2016

Cadangan merekabentuk banglo 1 tingkat di kelantan until encik sahari

Cadangan membina dewan serbaguna terbuka di kolej Islam Melaka, Kuala SG. Baru, masjid tanah Melaka.
31/10/2015

Cadangan membina dewan serbaguna terbuka di kolej Islam Melaka, Kuala SG. Baru, masjid tanah Melaka.

Cadangan membina dewan serbaguna terbuka dia kolej Islam Melaka, Kuala SG. Baru, masjid tanah Melaka.Alternative 2
29/10/2015

Cadangan membina dewan serbaguna terbuka dia kolej Islam Melaka, Kuala SG. Baru, masjid tanah Melaka.
Alternative 2

Cadangan membina sebuah dewan serba guna terbuka di Kolej Islam Melaka, Kuala SG. Baru, Melaka. Alternative 1
27/10/2015

Cadangan membina sebuah dewan serba guna terbuka di Kolej Islam Melaka, Kuala SG. Baru, Melaka.
Alternative 1

Rumah kontena berukuran 28'0"x28'0". Dengan keadaan ekonomi yg kurang setabil Dan harga barang yg mahal. Ramai yg Tak ma...
26/10/2015

Rumah kontena berukuran 28'0"x28'0".
Dengan keadaan ekonomi yg kurang setabil Dan harga barang yg mahal. Ramai yg Tak mampu membeli Rumah. Saya menyediakan plan reka bentuk Rumah mampu milik dia atas tanah anda. Mengunakan kontana terpakai.

Banglo 3 bilik 25'x45'
10/10/2015

Banglo 3 bilik 25'x45'

Address

Jalan Templer Petaling Jaya
Petaling Jaya
45060

Telephone

0192535548

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADreka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share