03/03/2021
Ciri-ciri Tanah Yang Subur
- Ia kaya dengan nutrien penting untuk pemakanan tumbuhan, termasuklah nitrogen, fosforus dan kalium.
-Ia mengandungi mineral (unsur surih) untuk pemakanan tumbuhan, termasuklah boron, klorin, kobalt, kuprum, besi, mangan, mangnesium, molibdenum, sulfur, dan zink.
-Ia mengandungi bahan organik tanah yang meningkatkan struktur tanah dan pegangan kelembapan tanah.
-Jarak pH tanah di antara 6.0 hingga 6.8 untuk kebanyakan tumbuhan, tetapi sesetengah lebih kepada keadaan asid atau alkali.
-Pelbagai mikroorganisma tanah untuk menyokong tumbesaran tumbuhan.
-Selalunya mempunyai jumlah top soil yang banyak.