28/02/2026
Merujuk kepada tuduhan yang tular di media sosial kononnya ejen syarikat kami menyamar sebagai Pegawai Dalam Negeri dan pergi dari rumah ke rumah untuk membuat bancian serta terlibat dengan kegiatan merompak, pihak kami dengan ini MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA dakwaan tersebut.
Untuk makluman, posting yang kembali viral sejak dua tiga hari ini sebenarnya adalah kes lama yang pernah tular pada tahun 2024. Pihak kamΔ± telah pun membuat laporan polis ketika kejadian tersebut berlaku. Individu yang membuat tuduhan berkenaan juga telah tampil memohon maaf dan memadam posting tersebut.
Kami memandang serius sebarang penyebaran maklumat tidak benar yang boleh menjejaskan reputasi dan keselamatan pihak syarikat serta ejen kami.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan semula maklumat lama dan tidak sahih. Sekiranya terdapat sebarang keraguan, sila hubungi pihak kami untuk pengesahan lanjut.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda.