Arkitek Syafiiei Kudos

Arkitek Syafiiei Kudos Dedicated Architect in Putrajaya, Malaysia | Committed to Enhancing Our City's Sustainability

IUKL - DAR Portfolio DaySemalam, saya (USIM) dan Ar Azli (UPM) dijemput oleh IUKL sebagai Panel Penilai bagi Portfolio P...
23/10/2024

IUKL - DAR Portfolio Day

Semalam, saya (USIM) dan Ar Azli (UPM) dijemput oleh IUKL sebagai Panel Penilai bagi Portfolio Program Diploma of Architecture di Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL). Sepanjang sesi penilaian, saya berpeluang menilai pelbagai hasil kerja pelajar. Ada yang sangat memuaskan, menunjukkan komitmen dan kreativiti yang luar biasa. Tahniah saya ucapkan kepada para pensyarah yang telah memberikan tunjuk ajar dengan baik sehingga melahirkan hasil yang sebegitu cemerlang.

Di hujung sesi deliberation bersama semua pelajar, saya telah highlightkan empat perkara penting sebagai panduan untuk mereka terus maju dalam bidang ini:

1. Fahami dan interpretasikan Principles of Design dalam setiap projek yang dijalankan. Prinsip ini adalah asas kepada penghasilan reka bentuk yang mantap.

2. Design Exploration sangat penting. Sebagai pelajar senibina mesti berani untuk meneroka pelbagai idea dan pendekatan dalam reka bentuk.

3. Jangan lupa untuk mengambil kira aspek Teknikal dan Praktikal. Reka bentuk bukan sahaja perlu cantik, tetapi juga berfungsi dengan baik dalam konteks sebenar.

4. Attitude yang baik adalah kunci kepada kejayaan profesional. Untuk menjadi seorang arkitek yang berjaya, sikap positif dan komitmen tinggi perlu dijaga setiap masa.

Saya percaya dengan bimbingan yang betul dan kesungguhan, pelajar-pelajar ini mampu melangkah lebih jauh dalam industri senibina. Terima kasih kepada IUKL atas jemputan ini dan tahniah kepada semua pelajar serta pensyarah atas usaha gigih mereka.

-Ar. Syafiiei Kudos

Teh Tarik Session : Working Abroad in Architectural PracticeAlhamdulillah, selesai ber'Teh Tarik Session' di PAM Centre ...
25/05/2024

Teh Tarik Session : Working Abroad in Architectural Practice

Alhamdulillah, selesai ber'Teh Tarik Session' di PAM Centre petang tadi. Ramai juga audience yang hadir secara fizikal mahupun melalui online, dalam 70 - 80 orang. Sempat saya berkongsi pengalaman semasa saya bekerja di sebuah firma arkitek di Oman 10 tahun yang lalu.

Sesi yang sangat menarik, perkongsian dari panel lain, Mr Samuel dan Ar. Aina Zuber masing2 pengalaman di China dan Australia membuka mata dan minda tentang perbezaan dan persamaan bekerja di antara Malaysia dan negara2 lain.

Pengalaman yang sangat berharga yang saya rasakan perlu untuk dikongsikan dengan audience tentang peluang, kelebihan, kekurangan dan cabaran bekerja di negara orang terutama di middle east.

Dapat saya simpulkan, bekerja di Malaysia mempunyai lebih banyak kelebihan dan keterjaminan, tetapi jika ada peluang, pergilah merantau bekerja setahun dua ke negara orang mencari pengalaman, dan pulang semula untuk berbakti di tanah air sendiri. Insyaallah, pengalaman yang diperoleh akan membentuk suatu minda yang baru yang lebih segar, kreatif dan kritis terutama dalam dunia senibina.

- Ar. Syafiiei Kudos

Teh Tarik Session 4 : Working AbroadExcited to share my experience at Teh Tarik Session 4 on May 25, 2024, at PAM Centre...
10/05/2024

Teh Tarik Session 4 : Working Abroad

Excited to share my experience at Teh Tarik Session 4 on May 25, 2024, at PAM Centre. Join me as we delve into the world of working abroad in architectural practice. Can't wait to see you all there!

Perkongsian Ilmu di Universiti Geomatika Malaysia (UGM)Hari ini saya dijemput untuk memberi perkongsian ilmu bertajuk 'h...
29/02/2024

Perkongsian Ilmu di Universiti Geomatika Malaysia (UGM)

Hari ini saya dijemput untuk memberi perkongsian ilmu bertajuk 'how to start designing' kepada pelajar-pelajar senibina di Universiti Geomatika Malaysia.

Sempat saya tekankan peranan arkitek/architecture students untuk merekabentuk sesuatu yang memberi impak yang besar samaada kepada building user mahupun orang awam.
Pelajar senibina perlu lebih berani mengolah idea-idea yang diluar kotak supaya rekabentuk bangunan akan sentiasa berinovasi.

Terima kasih UGM, Pn Amirah Majid En Mohammad Afiq Rosali & Pn Husna MK atas jemputan, terima kasih Prof. Emeritus Dato’ Ar. Dr. Elias Bin Salleh selaku Cluster Dean bagi Faculty Asia Built Environment yang turut hadir mendengar sekali perkongsian saya dari awal sehingga akhir. Sempat juga bersembang dgn prof tentang journey beliau dalam akademik. Respek!

All the best Geomatika!Good effort on having this architecture insight series. Well done!

Address

Putrajaya

Telephone

+60122613011

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arkitek Syafiiei Kudos posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Arkitek Syafiiei Kudos:

Share