Salam Ventures

Salam Ventures Renovation, Maintenance,
Wiring, Upgrade Meter Tnb & Air, Plumber, Waterproofing, Tiles, Partition,

BESI BURUK BERGERAK. Saya letak downpayment kereta ini RM50000. Beli plat number hampir RM10000. Pasang skirting dan lai...
19/11/2023

BESI BURUK BERGERAK.

Saya letak downpayment kereta ini RM50000. Beli plat number hampir RM10000. Pasang skirting dan lain-lain dalam RM5000. Total RM65000.

RM65000 yang saya sangkakan ianya sebagai satu kejayaan. RM65000 yang saya sangkakan sebagai satu kemajuan dalam karier. Walhal menjadi satu bebanan di dalam kehidupan.

Saya bukan seperti orang lain yang bergerak menggunakan kereta. Kadang kala dalam sebulan tidak sampai 10 kali kereta bergerak. Sifat dan jiwa saya banyak bergerak menggunakan motor. Lagi-lagi p**a kini saya tinggal di Kuala Lumpur. SO TIDAK BERBALOI LANGSUNG MENGGUNAKAN KERETA.

Bergerak atau tidak Vellfire ini, bulanan tetap kena bayar pada bank sebanyak RM3300. Roadtax + insurans hampir RM10000 setahun.

Di sini saya mula terfikir. Untuk apa lagi saya simpan ‘ kejayaan ‘ ini. Dan saya mula renung ke dalam diri ini untuk apa saya simpan Vellfire ini. Di mata orang terlihat saya berjaya. Di mata sendiri hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya menjadi hamba kerja untuk menampung bulanan kereta ini.

Saya mengambil keputusan menjual kereta ini. Ternyata keputusan saya tepat kerana saya dapat berjimat hampir RM5000 sebulan. Kini hidup saya tenang tanpa hutang. Kini jiwa saya tenang untuk menjalani kehidupan seperti orang-orang biasa.

Nak beli kereta mewah tidak salah. Yang salahnya apabila kita terpaksa bekerja keras hingga tidak dapat ketenangan dalam kehidupan demi untuk membayar SEBUAH BESI YANG AKAN MENJADI BURUK SATU HARI NANTI.

KERETA BUKANLAH SATU KEJAYAAN. TETAPI KERETA ADALAH SATU BEBANAN DI DALAM KEHIDUPAN.

Posting asal Azmeer Yusof

Yg HALAL MENJADI HARAM.Saya pernah dengar satu pesanan seorang; ketika itu kami di Ladang Kurma di Madinah, "Kamu boleh ...
18/11/2023

Yg HALAL MENJADI HARAM.

Saya pernah dengar satu pesanan seorang; ketika itu kami di Ladang Kurma di Madinah, "Kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang kamu mahu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."

Dengan kata lain jika kita pi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis...

Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis.

Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan.

Walaupun asalnya halal, makanan halal , jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya.

Di akhirat nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut. Tiada seorang pun yang terlepas. Di dunia ni kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan takkan saling menuntut di akhirat tapi bila di Padang Mahsyar, bau neraka pun kita dah tercium walaupun jaraknya 500 perjalanan lagi, semua orang dalam ketakutan dan semua orang takkan terlepas dari tuntut menuntut.

Orang Lelaki paling banyak dituntut di akhirat. Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik beradiknya (walaupun sudah berkahwin). Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yang akan menuntut segala pahala darinya. Jika ramai anaknya, maka ramailah anaknya yang akan menuntut pahalanya di akhirat.

Begitu juga ibubapa yang sakit, walaupun di dunia ni tidak menjaga ibu bapa yang sakit, mak ayah kata dia redha tetapi di akhirat nanti semuanya akan dituntut.

Jika ada mertua tetapi tidak menjaga hak mertua, di akhirat juga akan dituntut kelak.

Jika punya adik beradik perempuan, mereka juga akan menuntut pahala darinya, sampai habis dan tidak cukuplah pahala orang lelaki, lalu berpindahlah dosa-dosa orang yang menuntut itu pada orang lelaki itu.

Di dunia ini semuanya nampak simple dan ramai yang ambil mudah. Contoh suami sedang tidur walaupun sudah masuk waktu solat. Isteri kena kejutkan suami bangun dan solat sebab akhirat nanti, suami akan tuntut kenapa isteri tidak kejutkan suami yang sedang tidur.

Di dunia ini kita nampak kecil sahaja benda ni tapi di akhirat nanti sebesar-besar kuman pun suami akan tuntut pada isteri.

Di dunia ini jika suami membiarkan isteri-isteri dan anak-anak mereka tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya, di akhirat nanti para isteri dan anak-anak akan saling menuntut pada suami sebab tidak menegur dan melarang dari melakukan dosa. Benda ini mungkin, nampak mudah di dunia tapi di akhirat, sebesar-besar kuman pun mereka akan tuntut.

Itu belum lagi bab dalam berkawan. Jika kita ada ilmu agama, kita tidak sampaikan pada kawan-kawan, kita biarkan kawan-kawan kita dalam kealpaan dunia, kita tidak melunaskan tanggungjawab sebagai kawan. Maka di akhirat nanti kawan-kawan akan datang menuntut hak kepada kita.

Hidup kita di dunia ni semuanya akan dihisab walaupun dalam Facebook. Jangat ingat di alam maya ni, Allah tak hitung amalan kita. Apa saja walaupun sekecil kuman Allah akan hisab.

Seorang perempuan beragama Islam yang mendedahkan aurat jika tiada satu pun kawan-kawan yang menegur dia untuk menutup aurat, di akhirat nanti semua kawan-kawannya akan ditanya Allah kenapa tidak menegur kawan itu supaya menutup aurat dan kawan yang tidak menutup aurat tu akan menuntut semua pahala dari kawan-kawan yang tidak menegurnya.

Kerja2 ganti atap di bagan serai
29/07/2023

Kerja2 ganti atap di bagan serai

Kerja pendawaian
05/07/2023

Kerja pendawaian

07/02/2023
07/02/2023

Selamat pagi harini kami di taman b. Melawati ks. Kerja kebocoran lantai tandas rumah 2 tingkat

Baik pulih Syiling bocorLokasi taman bayu  k. Selangor
06/02/2023

Baik pulih Syiling bocor
Lokasi taman bayu k. Selangor

Tukar tingkap nako ke sliding doorLokasi prt 9 sekinchan
06/02/2023

Tukar tingkap nako ke sliding door
Lokasi prt 9 sekinchan

Selamat Pagi Semua, Mulakan Pagi Dgn Bismillah
25/11/2021

Selamat Pagi Semua,
Mulakan Pagi Dgn Bismillah

Renovation, Maintenance,
Wiring, Upgrade Meter Tnb & Air, Plumber, Waterproofing, Tiles, Partition,

Address

Lot 281 Parit 7 Baroh Sekinchan
Sekincan
45400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Salam Ventures posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Salam Ventures:

Share