27/01/2026
Masih terngiang suara di corong telefon malam itu.
Jam hampir tengah malam.
Suara di hujung talian perlahan. Bergetar.
Terselit tangisan yang cuba ditahan.
Seorang anak.
Jauh dari rumah.
Penat. Tertekan. Rindu.
Dan ayat yang terus merobek hati seorang ibu:
“Mama… saya nak balik. Saya tak tahan.”
Di saat itu, Mama Hani tersedar —
perjuangan ibu ayah bukan sekadar tentang memasukkan anak ke SBP atau MRSM.
Ia juga tentang berani berhenti sekejap… dan mendengar.
Mama Hani faham.
Ramai mak ayah berkorban tanpa jemu.
Menangis dalam doa.
Kejar kelas online dan offline.
Ulang-alik ke program.
Habis duit, masa, tenaga, emosi.
Semua itu lahir daripada satu perkara: sayang.
Tapi bila anak sudah melangkah masuk,
dan malam-malam di asrama mula dipenuhi air mata,
di situlah kita perlu jujur bertanya dalam hati:
Ini impian siapa sebenarnya?
Impian anak…
atau impian kita?
Mama Hani percaya, setiap ibu perlu ada satu sesi heart to heart dengan anak.
Bukan sesi memujuk untuk
“bertahan demi mama”.
Tapi sesi untuk mendengar tanpa menghakimi.
Dengar dengan hati.
Dan tanya dengan lembut:
– Kamu betul-betul mahu, atau kamu sedang menahan diri?
– Kamu kuat, atau kamu sedang terpaksa?
Dan dalam diam, kita p**a perlu bertanya diri sendiri:
– Adakah kita mengejar nama?
– Adakah kita mengejar bangga?
– Atau kita sebenarnya mengejar kebahagiaan dan kesihatan mental anak?
Ramai anak memilih untuk diam.
Bukan sebab mereka tidak sakit,
tetapi kerana mereka takut setiap luahan akan dibalas dengan paksaan.
“Mesti kuat.”
“Ramai lagi susah.”
“Rugi kalau keluar.”
Sedangkan hakikatnya —
tidak semua anak sesuai dengan kehidupan asrama.
Dan itu bukan kegagalan.
Itu fitrah.
Mama Hani juga mahu mak-mak faham satu perkara.
Ilmu PKSK bukan tiket eksklusif ke SBP semata-mata.
Ia adalah bekalan hidup.
PKSK melatih anak untuk:
– berfikir matang
– mengurus masa
– memahami soalan aras tinggi
– mengawal emosi ketika tertekan
– bangkit semula bila jatuh
Semua ini berguna di mana-mana.
SBP, MRSM, SMKA, sekolah harian, swasta —
atau apa sahaja jalan yang Allah pilih.
Jadi jangan sempitkan perjuangan ini kepada label
“terpilih atau tidak.”
Yang lebih penting,
anak kita bersedia dari segi mental, emosi dan ilmu
untuk perjalanan hidup yang panjang.
Jangan kita nafikan hak anak yang benar-benar mahu dan bersedia.
Dan pada masa yang sama,
jangan kita memaksa anak yang sedang terluka
untuk bertahan demi status.
Kadang-kadang,
kasih sayang paling besar
bukan memaksa untuk terus bertahan.
Tetapi berani melepaskan
dan memilih jalan yang lebih sihat
untuk jiwa anak.
Mama Hani sentiasa di sini.
Untuk mak-mak yang keliru.
Yang penat.
Yang risau.
Dan yang cuma mahu membuat keputusan
terbaik untuk anak-anak mereka.