08/12/2016
Menarik ni
APA IMPAK PROJEK KERETA API LAJU KL-SINGAPURA KE HARTANAH MALAYSIA?
(Artikel ini disiarkan pertama kali di Buletin Cerita-Nah! Hartabumi Edisi 02)
Dimana agaknya kawasan pelaburan hartanah terhangat di sepanjang perjalanan Kuala Lumpur β Singapura Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) yang dirancang?
Kita sebenarnya boleh membuat penilaian sendiri dengan memasukkan bandar dan pekan yang mempunyai kekuatan pop**asi kerja ataupun kekuatan dari sektor pelancongan, itulah yang dikongsi oleh pakar pelaburan hartanah semasa diskusi βSimposium Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) 2016β baru-baru ini.
Satu memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai di antara Kerajaan Malaysia dan Singapura bagi projek ini 19 Julai lalu.
Apabila siap, projek HSR akan mempunyai trek sepanjang 350km dan mula beroperasi pada 2026.
HSR dijangkakan bakal menarik hampir 17.6 juta penumpang dan dianggarkan kadar kenaikan pengguna sehingga 2.9% setiap tahun. Ini bermakna selepas 10 tahun, 24 juta pengguna bakal menikmati kemudahan ini ketika itu.
HSR dilihat bakal membawa arus perubahan dari sudut tempoh perjalanan dan corak perniagaan kerana ia akan memendekkan tempoh perjalanan dari ibu negara ke Singapura kepada 90 minit berbanding 5 jam sekiranya memandu kereta atau 11 jam sekiranya menggunakan kereta api sedia ada.
Menurut kenyataan bersama dikeluarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura, beberapa stesen bakal dibina.
HSR akan bermula dari Bandar Malaysia, melalui Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri sebelum berakhir di Jurong East, Singapura.
Ramai pelabur yang cekap dalam mengambil peluang telah mula mencari tanah untuk dibeli berhampiran dengan stesen HSR tersebut.
Beberapa pemaju dilihat telah pun bertindak pantas dengan memiliki tanah berdekatan HSR dan ada pemaju telah mula mempromosikan projek mereka dengan menggunakan HSR sebagai faktor melariskan jualan.
Lembah Klang sememangnya akan menikmati manfaat HSR terutamanya dengan kemunculan Bandar Malaysia di Sungai Besi. Ini kerana, kawasan tersebut akan mudah diakses oleh penduduk Lembah Klang. Tambahan p**a, pusat tarikan Kuala Lumpur iaitu segi tiga emas akan mula berubah secara perlahan dari Bandar Malaysia ke Bukit Bintang.
Jangan lupa, setiap stesen HSR mempunyai potensi untuk mengubah suasana tempat kerana masa perjalanan telah dipendekkan.
Sekiranya anda, dari Kuala Lumpur hendak menuju ke stesen Ayer Keroh yang terletak lebih jauh dari Seremban, ia lazimnya memakan masa hampir 2 jam tetapi dengan adanya HSR, anda akan tiba hanya 30 minit sahaja.
Memandangkan masa perjalanan sudah dipendekkan, sudah pasti, ramai pelancong akan datang ke sini dan memberi suntikan kepada industri perlancongan di Ayer Keroh pada masa hadapan.
Lebih menarik, Seremban dan bandar stesen HSR lain akan berkembang pesat dan pada masa yang sama akan menikmati kenaikan nilai hartanah.
Pada ketika ini, lokasi seperti Seremban dan Ayer Keroh mempunyai nilai hartanah yang rendah berbanding bandar besar di sekitar Kuala Lumpur.
Di Negeri Sembilan p**a, kewujudan stesen HSR akan melonjakkan projek-projek pembangunan di Seremban yang membabitkan pembangunan seluas 108,000 hektar oleh sektor swasta dengan nilai pembangunan kasar RM640 bilion dalam tempoh 30 tahun.
Pelabur hartanah wajib melihat beberapa projek yang dimajukan oleh pemaju di Seremban seperti Bandar Ainsdale oleh Sime Darby Property, Seremban 2 dan S2 Heights oleh IJM Land Berhad, Bandar Sri Sendayan oleh Matrix Concepts Holdings Berhad dan Bandar Enstek oleh TH Properties.
Manakala di Melaka p**a adalah Taman Tasik Utama oleh MTD Capital Berhad, Baba Nyonya Resort oleh Novasara Development Sdn Bhd dan Taman Muzaffar Heights oleh Scientex Berhad.
Dalam hal ini, kita boleh menjangkakan lebih ramai pembeli dari Kuala Lumpur bakal membeli rumah dan berhijrah ke Seremban kerana tertarik dengan faktor perjalanan yang pendek untuk ke Kuala Lumpur.
Manakala, bagi Ayer Keroh p**a, dijangkakan akan mlebih ramai pembeli dari Singapura memandangkan kos sara hidup di sini lebih rendah.
Putrajaya juga tidak ketinggalan dalam menerima tempias dari projek HSR. Sekarang ini bandaraya Putrajaya mempunyai jumlah penduduk yang besar dan padat. Mereka memerlukan kemudahan pengangkutan awam yang cekap seperti HSR untuk menjadi sebuah bandar yang lebih effisien dan 'dekat'.
Urusan-urusan antara sektor kerajaan di dalam negara mahupun di antara negara (Malaysia dan Singapura) menjadi lebih cepat dan pantas melalui projek ini. Ia sekaligus bakal menjadikan hartanah di sini lebih 'panas dari biasa'.
Projek HSR dianggarkan bakal menelan belanja sebanyak RM50 bilion. Tidak dinafikan ia sememangnya akan memberikan satu lonjakan kepada sistem pengangkutan merentasi sempadan kerana menggalakan bisnes di antara Malaysia dan Singapura dan mewujudkan pelbagai peluang dan perniagaan baru.
Walaubagaimanapun, kerajaan dan sektor swasta perlu bekerjasama bagi mengatasi kelemahan yang ada pada sistem pengangkutan tersebut.
Singapura boleh dijadikan contoh terbaik yang boleh diimplemantasikan ke negara ini kerana negaran ini terkenal dengan kelancaran sistem pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa (MRT), Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan bas awam.
Sistem pengangkutan yang efisien adalah perlu untuk menghubungkan pengguna dari pelbagai stesen ke lokasi yang dituju.
Pihak pemaju perlu lebih kreatif untuk memasukkan elemen moden seperti tempat rekreasi di dalam rekaan pembangunan mereka untuk memenuhi permintaan golongan pembeli muda yang lebih moden dan tidak hanya bergantung kepada jaringan perhubungan semata-mata untuk melakukan produk mereka.
Pasti ramai yang ingin mengambil kesempatan dari HSR ini, namun perlu diingatkan pembangunan infrastruktur memakan masa yang panjang dimana ianya tidak memberikan impak yang besar untuk jangka masa pendek.
Faktor harga tiket HSR juga perlu diambil perhatian kerana ia akan menjadi kayu ukur sama ada HSR bakal menjadi pilihan pengangkutan utama pengguna awam dan pengusaha perniagaan.
Harga tiket perlulah kompetitif dengan pengangkutan awam yang lain dalam memastikan ianya menjadi projek berdaya maju kepada orang ramai.
Operasi HSR perlulah berbaloi dengan struktur bayaran dan polisi kadar harga tiket. Jika harga tiket HSR munasabah, maka lebih ramai pengguna akan tertarik untuk menggunakan HSR untuk menuju ke sesuatu destinasi.
Pengangkutan setempat yang bagus amat penting bagi memaksimakan manfaat yang diperoleh dari HSR.
Sebagai contoh, Melaka adalah destinasi perlancongan hujung minggu buat rakyat Singapura di mana mereka datang bagi menikmati laksa nyonya atau mengambil angin dan merasai percutian jarak dekat.
Oleh itu, HSR akan menarik rakyat Singapura untuk berkunjung dengan lebih kerap kerana mereka tidak perlu mamandu dan hanya perlu menaiki HSR untuk ke Melaka.
Namun, banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kerajaan kerana walaupun masa perjalanan telah menjadi pantas, apabila mereka tiba di stesen, tiada pengangkutan awam lain yang boleh membawa mereka ke Bandar Melaka dan akhirnya mereka perlu menghabiskan masa 30 hingga 45 minit hanya untuk tiba di pusat bandar.
Hartabumi berpendapat HSR sememangnya akan memberi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia dan pelabur hartanah khususnya. Ekonomi negara bakal meningkat dengan akses pengangkutan awam yang cekap seperti HSR dan menambah nilai hartanah.
Kesimp**annya HSR dijangka memberikan 5 manfaat kepada kita iaitu:
- Kenaikan permintaan untuk perjalanan atau merantau
- Menambah baik pergerakan dan peluang kerja
- Memberikan lebih akses kepada pengguna,
- Menambah baik kebolehkerjaan dari segi ekonomi antara kawasan
- Mengoptimumkan peluang bisnes.
Manfaat ini kemudiannya akan menyokong pertumbuhan ekonomi dan menambah nilai hartanah di dalam perimeter tertentu.
Para pelabur perlu peka dengan perkembangan HSR pada masa akan datang supaya tidak ketinggalan dengan tren semasa pasaran hartanah.
(Untuk meihat data, graf, angka serta carta bagi projek hartanah di laluan HSR, sila dapatkan buletin Cerita-Nah! Edisi 2 di,
www.hartabumi.com/buletin
www.hartabumi.com/buletin
www.hartabumi.com/buletin
Ianya PERCUMA!