Seni dan Bina

Seni dan Bina Seni dan Bina Arkitek Azman Zainal was established by Ar. Azman Zainal Md Nor.

He started his architectural career in the Medical and Health Branch, Public Works Department in 1986. The head office is registered in the historic city of Melaka and it also has an office in Shah Alam. He was one of the founder of Das Azman Architect Sdn Bhd where he was the director there from 1992 to 2008. The firm has within it a diverse range of expertise ranging from hospital planning, educ

ational institutions, rehabilitation and restoration for historic buildings to office, commercial and residential buildings. Arkitek Azman Zainal is design driven and its main objective is to be known and recognized for its design that is unique , has local cultural content and one that functions well.

05/05/2025

Customised motif of a buckle for the Anjung Puteri passage door to the Rumah Ibu, a private zone of the house. Spearheads lined up forming a protective portal to the family area.The buckle symbolises the sacredness of the space beyond.

Send a message to learn more

In progress… Arkitek Azman Zainal.
29/06/2022

In progress…

Arkitek Azman Zainal.

Allah Subhanahuwata’ala (سبحانه و تعالى) berfirman:    إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ‌ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ‌ شَهْرً‌ا ...
04/08/2021

Allah Subhanahuwata’ala (سبحانه و تعالى) berfirman:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ‌ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ‌ شَهْرً‌ا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضَ مِنْهَا أَرْ‌بَعَةٌ حُرُ‌مٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِ‌كِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ ﴿٣٦

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.”

(Surah Al-Taubah : 36)


Dua belas bulan yang disebut oleh Allah سبحانه و تعالى di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:

“Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jamada dan Syaaban.” (riwayat Imam Ahmad).


Bulan dalam bahasa Arab disebut “Al-Syahru” bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula dari perisiwa Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan umat Islam berhijrah ke Madinah.


Kebanyakan nama tersebut berasal dari Bangsa Arab Tradisional yang diambil daripada cuaca semasa atau sesuatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar yang berlaku. Walau bagaimanapun, oleh kerana semua bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.


Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :

1 >> Muharam ( محرّم)

Bulan ini mengambil perkataan “Haram” yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Rasulullahصلى الله عليه وسلم meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

2 >> Safar (صفر)

Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam. Safar diambil dari kata “shifr” yang bermaksud ‘sifar’ atau ‘kosong’. Rumah menjadi kosong kerana penduduk Arab Badwi ketika itu keluar dari kampung meninggalkan rumah mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas.

Perkataan Safar juga bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin.

3 >> Rabiulawal (ربيع الأول)

Rabiulawal merupakan bulan Islam yang ke-3. Rabiulawal bermakna bulan pertama musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mula menghijau dan tumbuhan mengeluarkan bunga.

4 >> Rabiulakhir (ربيع الآخر/ ربيع الثاني)

Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-4. Rabiulakhir bermakna bulan kedua musim bunga iaitu waktu ini pokok dan tumbuhan telah sampai ke kemuncak mengeluarkan bunga.

5 >> Jamadilawal (جمادي الأول)

Jamadilawal (Jamada al-Awwal) merupakan bulan ke-5. Bulan pertama musim panas. Perkataan “Jamada” bermaksud kering, di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

6 >> Jamadilakhir (جمادي الآخر / جمادي الثاني)

Jamadilakhir (Jamada al-Akhir) merupakan bulan ke-6. Bulan kedua musim panas. Jamadilakhir merupakan musim kemarau yang akan berakhir keadaan bulan ini juga lebih sejuk daripada sebelumnya yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

7 >> Rejab (رجب)

Rejab adalah bulan ke-7. Rejab bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Bulan ini salah satu bulan yang dihormati dan pintu Ka’bah dibuka. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya.

Rejab juga merupakan satu lagi bulan suci yang diharamkan perlawanan atau peperangan dilarang berperang.

Ia dikenali juga sebagai ‘Rajab Al-A’sham’ (Rajab yang sunyi) dan ‘Rajab al Fard’. Fard bermaksud keseorangan atau bersendirian kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab terasing di tengah-tengah.

8 >> Syaaban (شعبان)

Bulan Syaaban terbit dari perkataan “sya’bun” yang ertinya ‘kelompok’ atau ‘golongan’ dan “syu’ba” yang bermaksud berpecah, menyimpang dan berselerak. Masyarakat Arab terdahulu keluar bertebaran dan berpecah secara berkelompok setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab yang kering.

Pada bulan Syaaban ini juga, mereka keluar beramai-ramai berselerak dan berpecah mencari air dan bekalan makanan.

9 >> Ramadhan (رمضان)

Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Diambil daripada perkataan “ramda”, yang bermaksud batu panas. Ia juga bererti terik atau terbakar, Ini menceritakan keadaan panas ketika nama tersebut diberikan. Kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan amat panas di Semenanjung Arab ketika itu.

Dan setelah kemunculan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

10 >> Syawal (شوال)

Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata “syalat” yang bermaksud ‘mengangkat’ dan dari kata kerja ‘Tasyawwala’ yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Syawal dinamakan sedemikian kerana bulan ini adalah musim di mana unta betina mengangkat ekor mereka kerana tidak mahu dikawini unta jantan dan musim ini juga di mana unta kekurangan susu kerana kebanyakan unta-unta betina bunting.

Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan kemenangan melawan hawa nafsu.

11 >> DzulQaedah (ذو القعدة)

Dzulqaedah merupakan bulan ke-11. Perkataannya diambil daripada kata ‘Qa‘ada’ atau ‘al-qa’du’ yang bermaksud duduk. Pada bulan ini, masyarakat jahiliah mula menetap di rumah dan tidak melakukan peperangan kerana bulan ini merupakan awal dari tiga rangkaian bulan haram.

Inilah bulan suci ketiga yang diharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

12 >> Dzulhijjah (ذو الحجة)

Dzulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir dalam setahun Hijrah. Ini adalah bulan suci terakhir dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Bulan ini disebut Dzulhijah (Az Zu al-Hijjah) yang bererti “yang empunya haji”. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan “haji” sebagai rujukan nama bagi bulan haji iniiaitu waktu masyarakat Arab sibuk mengerjakan ibadah haji ke Baitullah.

Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Makkah (Kaabah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Dzulhijjah iaitu pada tarikh 8, 9 dan 10 Dzulhijjah.

Ayuh MAKMURKAN TAQWIM HIJRAH.

ini masa untuk bermula..
UBAH minda..
UBAH energi SUKSES kita..

Ayuh berkenalan dengan diri!!

Gunakan 'hijri converter' ini untuk mencari TARIKH LAHIR HIJRI anda (masukkan tarikh kelahiran masihi dan semak pada ruang 'ISLAMIC DATE' untuk tarikh Islamnya.

http://www.calendarhome.com/calculate/convert-a-date/

18/06/2021

We can proudly introduce our new offices proposal coming soon to Malacca, Malaysia. A sustainable building with self shaded facades. Concept driven from...

Nota RAMADHAN THD 27:Lihatlah di sekeliling.. SUASANANYA SEDANG ISTIMEWA!! Semua sedang sibuk!! Miskipun PKP.. Raya teta...
09/05/2021

Nota RAMADHAN THD 27:

Lihatlah di sekeliling.. SUASANANYA SEDANG ISTIMEWA!!

Semua sedang sibuk!! Miskipun PKP.. Raya tetap RAYA!!

Hakikatnya suasana kian menjadi istimewa kerana semakin tibanya HARI LEBARAN EIDUL FITRI yang diraikan secara istimewa oleh seluruh umat Islam di mana juga. Lihat sahaja di bazar-bazar, pasaraya atau di mana juga kedai-kedai di bandaraya, suasananya ‘istimewa’ dari hari-hari biasa. Tawarannya juga ‘istimewa’ dari hari-hari biasa..

Sebab ianya menjelang ACARA ISTIMEWA, maka banyaklah PROMOSI.

TAPI… Apakah yang lebih istimewa selain YANG ALLAH KATA ISTIMEWA!! Firman Allah:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ {1} وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ {2} لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ {3} تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ {4} سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ {5}. القدر 1-5

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Alquran) pada malam kemuliaan (lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” - (SurahAl Qadar: 1-5)

Melaluinya Allah juga dah maklumkan PROMOSI-Nya.

Jika Rejab dengan ISRA’ MIKRAJ, Syaaban p**a dengan NIFSU SYAABAN.. MAKA – RAMADHAN dengan LAILATUL QADR. Dan PROMOSI RAMADHAN dari Allah menyatakan bahawa; Lailatul Qadar dinyatakan lebih baik dari 1000 bulan.

1000 bulan…

Setahun ada 12 bulan.. maka, 1000 bulan adalah 83 tahun 4 bulan!!!

1 MALAM lebih baik dari 83 tahun 4 bulan ataupun lebih kurang 30,500 hari.

Allah kata. ‘MALAM itu’ iaitu dari tenggelam matahari hingga terbit fajar.

Sekitar 12 jam..

12 jam (sahaja) atau 1 MALAM lebih baik dari 83 tahun 4 bulan ataupun lebih kurang 30,500 HARI atau 732,000 JAM.

Jika setiap jam ada 60 minit, maka 12 jam ada 720 minit…

LALU, 1 MALAM lebih baik dari 83 tahun 4 bulan ataupun lebih kurang 30,500 HARI atau 732,000 JAM atau 527,040,000 minit!!!

Subhanallahh…. subhanallah… subhanallah……

Setakat ini kalkulator usiaku menunjukkan datanya..

Adakah usia kita mampu mencecah 83 tahun??

jika dizinkanNya pun… mampukah kita kekal sihat???

jika sihatpun.. pada umur 60-an ke atas.. KUATkah kita??

jika kuat dan sihatpun… MAHUKAH KITA…??? (kerana nilai iman boleh turun naik)

Malah, jika semua itu kita ada.. MAMPUKAH KITA TERUS MENERUS DALAM FREKUENSI IBADAH SELAMA 83 TAHUN atau 30,500 HARI TANPA HENTI???!!!

Sedangkan untuk BERIBADAH SEKITAR 6 JAM PADA MALAM AKHIR RAMADHAN INIPUN DIRI INI TAK MAMPU!!!

usah kata 6 jam..

NAK MENADAH TANGAN MENGAMINKAN DOA IMAM TERAWIKH YANG TAKPUN SAMPAI SEJAM (SEBAB DOA PANJANG LEBAR), PUNNN… DIRI INI TAK MAMPU!!!

astaghfirrullah…

Sedangkan ‘Aisyah r.a.; isteri Nabi s.a.w. mengisahkan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَجْتَهِدُ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مَا لاَ يَجْتَهِدُ فِى غَيْرِهِ.

“Dahulu, semasa hidupnya, Rasulullah sa.w. bersungguh-sunguh dalam beribadah pada sepuluh hari terakhir dari bulan ramadhan, melebihi kesungguhan beliau di waktu-waktu lainnya.” (Riwayat Muslim)

Rasul memberi taulan untuk kita KEJAR ‘FREKUENSI IBADAH seolah SELAMA 83 TAHUN atau 30,500 HARI INI’!!!

namun, diri ini belum benar-benar mencontohinya…

Saat ini aku layu.. miskipun aku tahu, tapi aku masih lemah untuk terus melangkah..

semoga Allah beri aku tempat..
semoga Allah beri aku peluang...

Nota RAMADHAN THD 14: Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku akan menciptakan ...
26/04/2021

Nota RAMADHAN THD 14:

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud’. Al-Hijr : 28-29

Renungan : Ayat Al-Quran diatas mengesahkan secara ringkas dan padat hubungan mistik antara Allah dan manusia ciptaanNya. DIA menjadikan manusia dari beberapa elemen, seterusnya menghembuskan nyawa (ruh) ke dalamnya.

Dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan arab ‘nafas’ bagi merujuk kepada ‘meniupkan’, dan perkataan arab ‘ruh’ merujuk kepada ciptaan/nyawaNya.

Perkataan-perkataan ini juga kita gunakan sebagai merujuk kepada penafasan manusia (nafas) dan nyawa manusia (ruh). Ini jelas membuktikan yang manusia adalah dari ALLAH, milik ALLAH, untuk ALLAH dan kelak akan kembali kepada ALLAH.

RAMADHAN sudah NISFU
BULAN sudah PURNAMA

3 malam menuju NUZUL
4 malam menuju FATHU
5 malam menuju 10 MALAM AKHIR

Ramadhan kian larut..

BERPUASAManusia sebenarnya sudah mula berpuasa sejak beribu tahun dulu. Ianya sesuatu yang fitrah atau natural, adakalan...
12/04/2021

BERPUASA

Manusia sebenarnya sudah mula berpuasa sejak beribu tahun dulu. Ianya sesuatu yang fitrah atau natural, adakalanya disebabkan faktor tempat, iklim atau keadaan seperti semasa ketiadaan makanan atau sumber makanan.

Bagaimanapun, berlapar tidak makan dan berpuasa adalah berbeza. Istilah berpuasa lebih dikenali dari perspektif agama di mana ia merupakan sebuah ritual atau ibadah dalam agama tersebut. Boleh dikatakan semua agama mempunyai ibadah berpuasa dan ia dilakukan mengikut cara tersendiri yang ditetapkan dalam agama mereka.

Manusia juga berpuasa tatkala sakit. Kajian mendapati dengan berpuasa atau mengawal pengambilan makanan (masa dan jenis makanan), kondisi tubuh akan kembali mencari ritma yang stabil untuk kembali sihat. Kerana itulah, ada beberapa prosuder yang menyuruh pesakit untuk berpuasa sebelum boleh menjalaninya atau dilakukan kepadanya.

Menarik untuk tahu, kajian mendapati haiwan juga berpuasa dalam beberapa situasi atau fasa pada kehidupannya. Contohnya, dikatakan ular berpuasa semasa proses bersalin kulit bagi memastikan proses itu sempurna dan kulitnya sihat dan cantik.

Maka, dunia akui bahawa tidak ada apa yang pelik perihal aktiviti berpuasa. Badan manusia dijadikan sempurna dan mempunyai daya kemampuan untuk melalui fasa tidak makan untuk tempoh tertentu. Adakalanya ia lebih baik dan menjadi keperluan untuk berpuasa.

Semua bahagian dalam tubuh dan sistem kerjanya boleh mengalami perubahan atau koordinasi semula apabila kita berpuasa. Berpuasa boleh mengizinkan tubuh menyusun semula sel-sel, hormon, gen, mineral, darah, kondisi oksigen dan sebagainya.

Apabila berpuasa kita akan mengalami penurunan yang signifikan tahap gula dalam darah dan insulin. Malah tahap hormon ketumbesaran (daya tahan) tubuh akan meningkat dengan drastik.

Puasa juga menurunkan berat badan, ia kaedah yang effektif untu membakar lemak dan mengurangkannya tanpa senaman keras.

Puasa menyusun semula kualiti metabolik tubuh dan akan menurunkan risiko pelbagai penyakit kronik.

Ada bukti sains perubatan menjurus kepada kesan berpuasa terhadap awet muda atau spesifiknya terhadap daya tahan tubuh yang lebih bagus. Ini memberi peluang menjalani usia hayat tubuh yang lebih panjang dalam keadaan yang sihat. Ada kajian yang mendapati ritual puasa dapat menghindari penyakit kronik khususnya sakit jantung, diabetes, kancer, Alzheimer dan beberapa yang lain.

Berpuasa bukan sekadar tuntutan ibadah yang mendidik jiwa penganutnya untuk akur perintah Tuhannya, tapi hakikatnya Sang Pencipta mahu hambaNya menjaga kesihatan dan kecantikan diri mereka. Lalu, ibadah mereka itu bukan untuk Tuhannya, melainkan untuk benefit dirinya kembali.

Kita adalah sehebat-hebat penciptaan Tuhan, lalu kita memerlukan kaedah penjagaan hebat yang mengizinkan diri kita terus cemerlang.

Dalam Islam, ibadah puasa yang disertai NIAT untuk Allah ini juga melatih dan menyembuhkan isu penyakit jiwanya. Penyakit hati seperti marah, dendam, hasad, riya, ujub, putus-asa, kedekut, boros dan sebagainya terlentur dengan sikap sabar, ikhlas, pasrah, redha, qanaah, jamaah dan sebagainya lagi yang didisiplinkan sepanjang berpuasa demi membentuk taqwa.

Sungguh.. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

NISFU SYAABAN(nisfu = pertengahan)Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada mal...
28/03/2021

NISFU SYAABAN
(nisfu = pertengahan)

Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada MALAM PERTENGAHAN bulan SYAABAN dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.”

juga

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam NISFU SYAABAN, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).”

- Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain

juga.

Dari Abi Hurairah ra, dari Rasulullah Muhammad SAW bersabda maksudnya :

“Telah datang Jibril a.s pada malam NISFU SYAABAN dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !”

Kata saya (Nabi Muhammad) : “Hai Jibril, apakah erti malam ini ?”

Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang s**a permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang s**a mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.”

[Kitab Zubdatul Wa'idzin]

ALLAH
ampunilah dosa-dosa kami..
kami lalai Ya Rabb.. kami lalai..
terlalu banyak yang menjadikan kami semakin lalai..
kami lemah.. lalu kami semakin lalai dan lemah..
beri kami kekuatan Ya Rabb..
beri kami cahaya!
jadikanlah nisfu Syaaban ini istimewa buat kami..
jadikanlah Ramadhan kelak istimewa buat kami..

aminn..

Address

No 17A Jalan Tengku Ampuan Zabedah J9/J
Shah Alam
40100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seni dan Bina posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Seni dan Bina:

Share