PakarAircond Dot Com

PakarAircond Dot Com Kepakaran kami adalah memberi keselesaan udara yang nyaman kepada setiap keluarga dengan penyaman udara yang berkualiti tinggi di pasaran.

“RUPANYA RAMAI SALAH CARA GUNAKAN AIRCOND‼️ DAH TU MCM MANA NAK JIMAT ELEKTRIK ⁉️” 😭Nak jimat + Nak selesa + Nak pandai ...
21/08/2021

“RUPANYA RAMAI SALAH CARA GUNAKAN AIRCOND‼️ DAH TU MCM MANA NAK JIMAT ELEKTRIK ⁉️” 😭

Nak jimat + Nak selesa + Nak pandai guna aircond dirumah sendiri, cerr tengok dibawah
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻

1. Beli aircond pada HP yang mencukupi. Lebihkan sikit HP tu.

📌Cara kiraan dia (luas kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang saiz 12’x10’. [(12’x10’) x 60] / 9000 = 0.8HP.
Ada yang cakap aircond 0.5HP dah cukup dah sebab bilik kecil je. Tapi sebenarnya yang paling sesuai ialah aircond 1HP dan yang paling baik ialah aircond 1.5HP. Tapi kalau 2.0HP dah over power p**a. Tujuan dia ialah kita nak kurangkan pergerakan kompresor.

2. Gunakan aircond yang ada teknologi inverter.

📌Inverter ni tujuan dia adalah untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor. Bila eletrik pada kompresor lebih stabil, so kita dapat la jimat elektrik.

3. Setkan aircond pada cara yang betul.

📌Let say 23 deg C, kipas set level 2 out of 4. Lepas tu biar je sampai ke pagi baru off. Cadangan yang sebaiknya ialah, bila sampai rumah, buka aircond pada suhu terendah (cth: 16 deg C) dan kipas yang paling kuat (cth level 4) dan biarkan bilik tu selama lebih kurang 30 minit ke 45 minit. Lepas tu setkan pada suhu 26 deg C atau 25 deg C. Ini ialah suhu yang sesuai untuk tidur. Kipas p**a setkan separuh (cth: level 2 out of 4).

4. Jangan selalu on dan off.

📌Ini biasa berlaku bila tido. Agak sejuk je, off terus aircond. Bila rasa panas on balik. Ingat! Aircond banyak guna elektrik masa kita baru on. So kalau dah kerap on off, banyak la elektrik yang kita guna.

5. Service aircond setiap 6 bulan ke 9 bulan sekali.

📌Paling cikai pun buat la setahun sekali. Aircond yang tak di service, akan buatkan aircond tu dah tak berapa nak sejuk. So secara tak langsung kita keep on tukar setting. Ada juga yang ingat gas habis. Padahal filter kotor je pun. Dah keluar kos yang bukan-bukan.

Istighfar ketika sedang menunggu,Istighfar ketika terbesit fikiran jahat,Istighfar ketika marah,Istighfar ketika sedih,I...
20/08/2021

Istighfar ketika sedang menunggu,
Istighfar ketika terbesit fikiran jahat,
Istighfar ketika marah,
Istighfar ketika sedih,
Istighfar, mari perbanyak Istighfar.

أستغفر الله العظيم

"Aku meminta ampunan kepada Allah yang Maha Agung"

Ketika ujian terus menimpa.Di saat seolah-olah tidak ada yang membantu, itu mungkin teguran dari ALLAH agar kita sedar b...
19/08/2021

Ketika ujian terus menimpa.

Di saat seolah-olah tidak ada yang membantu, itu mungkin teguran dari ALLAH agar kita sedar bahwa hanya ALLAH tempat untuk bergantung.

Supaya kita ingat, hanya kepada ALLAH kita memohon pertolongan.

Mohonlah pertolonganNya dengan SABAR dan SOLAT.


“JOM AMBIL TAHU PERBEZAAN 💧DRY MODE DAN ❄️COOL MODE PADA REMOTE AIRCOND ANDA..??”Kadang-kala kita malas nak ambil tahu p...
19/08/2021

“JOM AMBIL TAHU PERBEZAAN 💧DRY MODE DAN ❄️COOL MODE PADA REMOTE AIRCOND ANDA..??”

Kadang-kala kita malas nak ambil tahu pun tentang berbezaan tersebut. Janji rumah dan ruang yang perlukan aircond sejuk. Eh jangan macam gituu, jom saya jeleskan secara mudah apa beza tu mode tu yerr......

❄️ DRY MODE
Ia bertanggungjawab untuk menghilangkan kelembapan berlebihan di dalam bilik. Ia tidak menyejukkan udara. Ia terletak di hadapan unit penghawa dingin atau di alat kawalan jauh. Anda hanya boleh menekan butang yang dibuat untuk mod ini atau memilih daripada pilihan yang tersedia dalam menu di alat kawalan jauh.

📌Bagaimana Dry mode beroperasi?
Apabila diaktifkan, ia menyedut air dari udara. Air yang terkumpul kemudian dikosongkan melalui paip longkang. Untuk air yang dicegah daripada dikumpulkan di unit penghawa dingin, paip longkang hendaklah dikekalkan dalam keadaan yang baik untuk menjadikan unit berfungsi dengan sempurna.

📌Apakah kelebihan Dry mode?
Ia menjimatkan wang anda. Tidak perlu membeli dehumidifier yang berbeza dry mode menyediakan tahap kelembapan relatif di dalam bilik.

☃️ COOL MODE
Ini adalah mod standard unit aircond. Unit penyaman udara berjalan dalam mod sejuk apabila dikendalikan dengan betul. Operasi yang betul apabila bahagian penyejuk udara diaktifkan, ia menyejukkan udara dengan berkesan.

📌Bagaimana Cool mode berfungsi?
Apabila ia dihidupkan, pemampat menyejukkan udara dengan mengeluarkan haba dan menolak udara sejuk di dalam rumah. Pilihan di jauh dan unit, membantu pengguna meningkatkan atau mengurangkan suhu udara dengan mudah.

📌Apakah faedah Cool mode?
Manfaat utama cool mode adalah untuk menyejukkan ruangan. Untuk cool mode supaya berkesan, unit harus dikekalkan dalam keadaan yang sangat baik.

Klik SHARE untuk kongsi ilmu yang bermanfaat 😊

Masa muda tak lama, dewasa dan akhirnya tua. Setiap detik yang berlalu takkan berulang lagi. Saat remaja hanya kenangan....
18/08/2021

Masa muda tak lama, dewasa dan akhirnya tua. Setiap detik yang berlalu takkan berulang lagi. Saat remaja hanya kenangan. Jika saat remaja tak dipergunakan selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di hari tua.

-Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz-

📌buatlah amal ibadah dan kebaikan sebanyak yang boleh selagi hayat dikandung badan. Moga Allah swt menerima segala amal kebaikan yang kita lakukan, aaminn yaa rabbal a’lamin... 🤲🏻🌹

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik puasa  selepas Ramadan adalah puasa pada bulan Muharram”. (hadis riwayat Muslim). ...
17/08/2021

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas Ramadan adalah puasa pada bulan Muharram”. (hadis riwayat Muslim).

Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT. 🤲🏻🌹

“ADAKAH SESUAI BAYI SAYA TIDUR DALAM AIRCOND, SUHU APA YANG SESUAI YERR ??..❄️👶🏻🤔JOM AMBIL TAHU ‼️Tidak ada masalah untu...
17/08/2021

“ADAKAH SESUAI BAYI SAYA TIDUR DALAM AIRCOND, SUHU APA YANG SESUAI YERR ??..
❄️👶🏻🤔

JOM AMBIL TAHU ‼️

Tidak ada masalah untuk meletakkan bayi di bawah pendingin hawa.

Malah, dalam keadaan iklim yang panas dan lembap seperti di Malaysia, bayi mungkin rasa lebih selesa jika berada di dalam bilik yang mempunyai pendingin hawa.

Tetapi... AWAS ‼️

Jangan biarkan bayi dalam keadaan terlalu sejuk! Suhu yang terlalu sejuk boleh buatkan bayi jatuh sakit.

Selain itu, pastikan suhu adalah di antara 23°C – 25°C. Jika bayi memakai banyak lapisan baju dan juga berbedung, anda boleh sesuaikan suhu mengikut keselesaan bayi.

Jangan letakkan katil anak anda betul-betul di bawah penyaman udara. Lebih-lebih lagi jika air conditioner anda sudah lama tidak diservis.

Kadangkala, kuman boleh membiak di dalam penapis pendingin hawa anda. Jika ini berlaku, bilik anda boleh dicemari dengan udara yang tidak sihat !.

Oleh itu, selalulah servis pendingin hawa anda supaya ia tidak menjadi medan pembiakan bakteria dan fungi.

~ Sumber: hellodoktor

“RENUNGAN HATI ❤️🌹”.Hendaklah engkau senantiasa memperbaharui taubat dan istghfarmu..Berhati-hatilah terhadap dosa kecil...
16/08/2021

“RENUNGAN HATI ❤️🌹”.

Hendaklah engkau senantiasa memperbaharui taubat dan istghfarmu..

Berhati-hatilah terhadap dosa kecil, apalagi besar.

Sediakanlah untuk dirimu terhadap apa2 yang telah dilakukan, yang baik mahupun yang buruk.

Perhatikan waktumu kerana waktu adalah kehidupan itu sendiri.

Janganlah engkau pergunakan ia sedikitpun tanpa kebaikkan

Dan janganlah engkau ceroboh terhadap hal2 yang syubhah agar tidak jatuh ke dalam yang haram.

-Imam Hasan al-Banna-

[BAGAIMANA KAMI BOLEH BANTU KELUARGA ANDA UNTUK DAPATKAN UDARA YANG NYAMAN DAN BERSIH]“Sejak pasang aircond dengan Pakar...
16/08/2021

[BAGAIMANA KAMI BOLEH BANTU KELUARGA ANDA UNTUK DAPATKAN UDARA YANG NYAMAN DAN BERSIH]
“Sejak pasang aircond dengan Pakar Aircond Dot Com, tidur malam tak berpeluh lagi, family pun happy dengan udara bersih dan nyaman di rumah kami sekarang, Terima Kasih Pakar Aircond Dot Com” -En Hashim, S*k Kedah-
Masalah ramai orang sekarang ini, susah untuk mencari pembekal aircond yang professional, kerja tak cincai dan berkelayakan dan betul2 pakar. Baru pasang 2 minggu aircond dah tak sejuk!!
Nak ka jadi macam ni??
Menurut statistik, 60% daripada penggunaan tenaga elekrik adalah melibatkan penggunaan aircond, ini menunjukkan betapa pentingnya aircond di zaman pemanasan global ini..
Kami di PAKAR AIRCOND DOT COM adalah sebuah syarikat Bumiputera yang membekal aircond yang berkualiti khusus untuk jenama dan yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh :-
✔️CIDB (Lembaga Pembangunan
✔️Industri Malaysia)
✔️BPKU (Bahagian Pembangunan
✔️Kontraktor dan Usahawan)
✔️MOF (Kewangan Malaysia)
✔️PIND (Pakar Industri Lantikan
✔️Jabatan Pembangunan Kemahiran)
✔️Sijil Khas Penilaian Jurulatih dari NIOSH
Walaupun pelbagai kelayakan kami ada, jangan risau, harga dan Kualiti adalah yang tebaik untuk anda!!
Bagus ke bagus sangat kalau ada pembekal aircond macam ni??
Kalau dah rasa tak sabar sangat nak pasang dan sejukkan rumah anda, klik link dibawah untuk dapatkan harga terbaik untuk anda!! Klik , biar kami bantu ANDA!!
Click link di bawah sekarang ⬇️⬇️⬇️

https://pakarairconddotcom.wasap.my/
https://pakarairconddotcom.wasap.my/
https://pakarairconddotcom.wasap.my/

Jangan berkira untuk buat baik dengan orang.Jangan memilih orang untuk berbuat baik.Jika dia tidak hargai, jika dia tida...
15/08/2021

Jangan berkira untuk buat baik dengan orang.
Jangan memilih orang untuk berbuat baik.

Jika dia tidak hargai,
jika dia tidak balas apa yang kau lakukan,
tidak mengapa.

Kita ada Allah.
Allah akan membalas kebaikan yang kau lakukan,
Tak di dunia, insyaAllah di akhirat sana.

❤️🌹🤲🏻

“5 SEBAB PENTING KENA AMBIL TAHU APABILA AIRCOND TAK SEJUK”. 😱❄️Adakah penapis udara telah dibersihkan?Jika anda menggun...
15/08/2021

“5 SEBAB PENTING KENA AMBIL TAHU APABILA AIRCOND TAK SEJUK”. 😱

❄️Adakah penapis udara telah dibersihkan?
Jika anda menggunakan aircond setiap hari 6 jam – 8 jam anda akan dapati penapis udara akan kotor hanya selepas 2 minggu!!. Oleh itu bersihkan penapis udara setiap 2 minggu atau paling lama sebulan sekali. Anda boleh lihat sendiri habuk, debu dan kotoran melekat pada penapis udara. Semua kotoran ini menghalang penyerapan haba dalam bilik menyebabkan anda berasa kurang sejuk.

❄️ Adakah pintu & tingkap telah ditutup?
Pastikan semua punca haba ini ditutup kerana konsep pendinginan adalah memindahkan haba dari satu ruang tertutup ke luar. Jika pintu atau tingkap dibuka maka kadar pendinginan telah kurang kesan pertambahan haba dari punca tersebut.

❄️ Adakah pilihan mode pada remote betul?
Mungkin anda berasa ini tidak patut berlaku tetapi ada yang keliru dengan penggunaan mode pada remote control. Untuk mendapat pendinginan pilih mode cool dengan simbol seperti di bawah. Laraskan kelajuan blower (simbol kipas) secara manual dan pilihlah kelajuan yang diingini.

❄️ Adakah suhu telah di ‘set’ dengan betul?
Berapa suhu yang biasa anda ‘set’kan? Jika dulu – dulu suhu 25ºC dianggap selesa tetapi hari ini dengan suhu luaran boleh mencapai 42ºC ia tidak lagi ideal. Anda bolehlah turunkan kepada 20ºC. Ya mungkin anda risau dengan kenaikan bil kerana compressor akan bekerja non stop, tetapi itulah hakikatnya demi keselesaan anda. Anda boleh dapatkan rahsia jimat elekrik dalam catatan lepas saya jika serius dengan isu kenaikan bil ini. Ia pasti sedikit sebanyak membantu anda!!

Untuk pengetahuan anda, sesetengah model telah di ‘set’ secara automatik di mana suhu akan naik 1ºC ke 1ºC apabila telah mencapai suhu yang di ‘set’kan. Pilihan ini sebenarnya memberi penjimatan di mana compressor akan off secara auto. Contoh anda set suhu 26ºC dan bila telah mencapai suhu tersebut compressor akan off dan lama kelamaan anda p**a berasa tidak selesa. Dalam situasi sekarang (musim panas), waktu malam belum tentu dapat 25ºC , oleh itu rendahkan lagi suhu kepada 22ºC atau 23ºC. Walaupun suhu naik dan cut off pada 23ºC ada masih berasa selesa kerana masih sejuk.

❄️ Adakah unit telah dibuat penyelenggaran berkala?
Unit perlu diselenggara oleh juruteknik bertauliah sekurang – kurangnya setahun sekali atau jika digunakan dengan sangat kerap bolehlah di servis seawal 8 bulan. Apakah maksud servis atau selenggara ini? Ia merupakan satu prosedur di mana unit di tanggalkan dan dibersihkan menggunakan bahan kimia. Kemudian dipasang semula dan dilakukan ujilari pada sistem.

“Ada empat perkata yang mengangkat seorang hamba untuk menuju kedudukan yang tertinggi meskipun amal dan ilmunya sedikit...
14/08/2021

“Ada empat perkata yang mengangkat seorang hamba untuk menuju kedudukan yang tertinggi meskipun amal dan ilmunya sedikit iaitu :-
❤️kemurahan hati
❤️kerendahan hat
❤️kedermawan
❤️keluhuran budi pekerti”

Address

No. 7, Dataran Batu 5
S*k
08200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60124850777

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PakarAircond Dot Com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share