12/01/2017
Rumah SEKETOT mana pun anda miliki jika diperbaiki oleh arkitek dan kontraktor yang hebat, masih mampu kelihatan lebih mewah dan gah berbanding rumah jiran anda. Walaupun menggunakan konsep yang SIMPLE sahaja sebagai panduan rekabentuk luar dan dalam rumah, keunikannya masih terserlah jika menggunakan formula rekaan yang betul. Keluasan asal rumah teres ini ialah 8m x 22m berubah menjadi 255sqm, diubahsuai pada tahun 2012 oleh pasukan hebat iaitu MM architects / Mimya di Saigon, Vietnam.
Rumah suasana yang ceria ini dimiliki oleh pasangan muda yang mempunyai 3 orang anak. Oleh itu, keutamaan fungsi ruang dalam rumah ini telah terbahagi kepada dua bahagian sahaja untuk memudahkan perhubungan pada setiap ruang iaitu :
1. bahagian pertama :
- ruang ini bermula di laluan pintu masuk utama sehingga ke ruang tamu dan dapur. Bahagian ini digabungkan dalam satu ruang terbuka yang besar untuk menggalakkan interaksi antara ahli-ahli keluarga.
2. Bahagian kedua :
- bermula pada laluan 'opening mini garden' iaitu taman mini yang terbuka sehingga menerima pencahayaan semulajadi melalui atap cermin di lanskap tersebut. Bilik tidur kedua-dua anak adalah di tingkat bawah, bilik suite ibu bapa dan bilik tidur tambahan p**a berada di tingkat pertama.
Cabaran projek ini adalah untuk membina sebuah rumah kontemporari dengan gaya "high end feeling" dalam bajet yang sangat ketat. Manakala perabot dan peralatan aksesori dalam rumah adalah kemasan yang berkualiti tinggi.
Projek ini berhasrat membawa satu pendedahan alternatif baru untuk golongan 'middle class' di pusat bandar dengan cara menggabungkan pelbagai prinsip-prinsip pembinaan tradisional, penyelesaian bahan kos rendah dan reka bentuk kontemporari.
BarkathBuilders Sdn. Bhd. sumber inspirasi & kontraktor inovasi pilihan anda ;)
FOLLOW IG : Barkathgeng
Sebarang pertanyaan : 019 2168 367 (Azim)