31/01/2023
BEREMI | BACOPA
Beremi merupakan sejenis tumbuhan akuatik yang didapati hidup secara semualajadi di kawasan tanah lembap, berair dan berlumpur.
Ia hidup secara menjalar dan lebih mudah dikenali atau dicam ketika ia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih.
Beremi popular dengan gelaran Bacopa singkatan bagi nama saintifiknya iaitu Bacopa monnieri.
Beremi sangat popular sebagai 'Brahmi' dalam koleksi herba tradisional perubatan Ayurveda kerana kelebihannnya yang dipercayai membantu meningkatkan keupayaan memori dan meminimakan risiko penyakit Dimentia.
Kepercayaan tersebut turut disusuli dengan pelbagai kajian saintifik bagi menyokong manfaat Beremi.
Jika di Malaysia, terutama di sekitar negeri Melaka Beremi dimakan secara segar dalam bentuk Urap/Kerabu (digaul bersama kelapa & lada). Ada juga yang memilih untuk goreng dan makan seperti sayur biasa.
Untuk tujuan perubatan, Beremi diambil dalam bentuk serbuk kering namun perlu berdasarkan info tepat untuk kuantiti/dos yang sepatutnya kerana ia boleh memberi kesan sampingan jika dimakan secara berlebihan.
Selain itu, Beremi juga antara tumbuhan pilihan bagi penggemar indistri Aquascape.