Archiss official

Archiss official l Program Diploma Senibina l TVET MARA Sungai Petani l Archiss Official l

Tahniah kepada Pelajar Terbaik Program Diploma Senibina (DSJ) sesi Julai-Disember 2025
12/05/2026

Tahniah kepada Pelajar Terbaik Program Diploma Senibina (DSJ) sesi Julai-Disember 2025

Architectural Portfolio Day (Internal) Program Diploma Senibina (DSJ) telah menjemput seramai 15 orang panel daripada in...
30/04/2026

Architectural Portfolio Day (Internal)

Program Diploma Senibina (DSJ) telah menjemput seramai 15 orang panel daripada industri dan akademik untuk 'critique session' bagi Projek Akhir Design 1-5 bagi sesi Jan-Jun 2026.

'Critique session' ini penting sebagai persediaan akhir pelajar sebelum ke sesi Architecture Portfolio Day oleh External Panel pada 6 Mei 2026 nanti.

Jom kita imbas kembali "kecutan perut" para pelajar menghadapi panel semasa pembentangan dilakukan.

Terima kasih kepada semua panel yang terlibat. Moga teguran dan nasihat panel memberi dorongan kepada pelajar untuk perbaiki Design masing2.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN RECYCLE 2 ARTPihak penganjur, E-Idaman Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Penyampaia...
10/04/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
PERTANDINGAN RECYCLE 2 ART

Pihak penganjur, E-Idaman Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang Pertandingan Recycle 2 Art pada 9 April 2026.

Majlis ini dirasmikan oleh Yb. Prof Dr. Haim Hilman bin Abdullah, Exco Negeri Kedah bertempat di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Alor Setar, Kedah.

Program Diploma Senibina TVET MARA Sungai Petani telah berjaya meraih kejayaan bagi kategori IPT seperti berikut :

Johan (Tempat Pertama)
- Wang RM1500.00
- Trofi Pusingan
- Plak Hadiah
- Sijil Pencapaian

Saguhati (Tempat Ke-Empat)
- Wang RM150.00
- Plak Hadiah
- Sijil Pencapaian

Lebih manis lagi, karya seni pelajar yang menjadi Johan telah dijadikan sebagai cenderamata kepada Yb. Prof. Dr. Haim Hilman sebagai tanda kenangan yang mendokong saranan Go Green oleh pihak penganjur.

Tahniah diucapkan kepada Pensyarah dan Pelajar sekali lagi.



03/04/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H

Staf Diploma Senibina
TVET MARA Sungai Petani

Tahniah diucapkan kepada Alumni Senibina TVET MARA Sungai Petani, Ar. IDr. Dr. Azli Abdullah  yang telah dilantik sebaga...
02/04/2026

Tahniah diucapkan kepada Alumni Senibina TVET MARA Sungai Petani, Ar. IDr. Dr. Azli Abdullah yang telah dilantik sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan, Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar), Fakulti Senibina dan Ekistik, UMK.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada

Ar. IDr. Dr. Azli Bin Abdullah

atas pelantikan sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan, Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar), Fakulti Senibina dan Ekistik

Semoga amanah ini terus digalas dengan penuh dedikasi,
kebijaksanaan dan visi yang progresif dalam memacu kecemerlangan fakulti ke tahap yang lebih berimpak tinggi.

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰Satu lagi kejayaan membanggakan buat Program Diploma Senibina TVET MARA Sungai Petani πŸ†βœ¨Sekalung ta...
02/04/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰

Satu lagi kejayaan membanggakan buat Program Diploma Senibina TVET MARA Sungai Petani πŸ†βœ¨

Sekalung tahniah kepada para pelajar dan pensyarah yang telah berjaya mengharumkan nama institusi dengan kemenangan dalam Pertandingan Recycle 2 Art anjuran E-Idaman Sdn. Bhd. bagi kategori IPT.

πŸ₯‡ Johan - Kumpulan The Rise of Kedah
πŸ… Saguhati -Kumpulan Permainan Warisan Rakyat

Kejayaan ini membuktikan bahawa kreativiti, semangat berpasukan dan dedikasi mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

πŸ‘ Syabas dan tahniah kepada semua pelajar serta pensyarah yang terlibat!
Anda semua kebanggaan kami. 🌟





18/02/2026
🎀 Industrial Talk | Tensioned Fabric Structure (TFS)Pelajar DSJ2A Diploma Senibina didedahkan dengan dunia sebenar indus...
10/02/2026

🎀 Industrial Talk | Tensioned Fabric Structure (TFS)

Pelajar DSJ2A Diploma Senibina didedahkan dengan dunia sebenar industri melalui perkongsian oleh En. Najmi & En. Shahbudin (TFS) bagi kursus Architecture Structure.

Lebih menarik, pelajar turut diberi peluang untuk merekabentuk struktur berkonsepkan tensioned fabric.

πŸ‘ Tahniah diucapkan kepada:
πŸ₯‡ Noh Shah
πŸ₯ˆ Faris
πŸ₯‰ Aisha

Terima kasih Encik Mohd Nasri Abu Bakar atas usaha menjayakan program ini.

✨ More collaboration coming soon, insyaAllah!

TVET MARA Sungai Petani

Lawatan kajian lapangan ke IKM Seberang Perai Utara (IKMSPU) Program : Diploma Senibina (DSJ)Kursus : Building Services ...
06/02/2026

Lawatan kajian lapangan ke IKM Seberang Perai Utara (IKMSPU)

Program : Diploma Senibina (DSJ)
Kursus : Building Services
Pelajar : 20 orang | DSJ2
Pensyarah Kursus : Ts. Nor Yangaidza bt Fadzil
Pensyarah Pengiring : Ts. Mohd Nazry & Pn. Kasuria Hidayah

Lawatan ini merupakan kajian lapangan yang dilaksanakan oleh pelajar bagi mengetahui sistem Building Services yang disediakan dalam institut pengajian MARA. Kajian ini penting bagi memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar sekaligus mengangkat budaya pembelajaran TVET secara amali dengan pihak industri yang terlibat.


Tahniah kepada pensyarah Diploma Senibina dan Juruteknik Senibina yang menerima Anugerah Terbaik Bulanan 2025.
06/02/2026

Tahniah kepada pensyarah Diploma Senibina dan Juruteknik Senibina yang menerima Anugerah Terbaik Bulanan 2025.

Tahniah kepada staf Diploma Senibina yang menerima Anugerah Perkhidmatan yang ke 15 & 25 tahun dalam MARA
06/02/2026

Tahniah kepada staf Diploma Senibina yang menerima Anugerah Perkhidmatan yang ke 15 & 25 tahun dalam MARA

Address

Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Archiss official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share