23/07/2023
nasik lemak sambal udang petai, sambal ikan bilis petai, udang masak tempoyak petai, nasi goreng petai, petai bakar cicah dengan sambal, siapa yang tak terliur. yummy.
Pokok Petai adalah sejenis tumbuhan dalam famili Fabaceae. terdapat pokok petai belalang, petai padi, petai papan, petai gajah, petai hutan, petai hybrid dqn boleh di temui di kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap dan selalunya tumbuh meliar terutamanya di dalam hutan-hutan di Malaysia, Indonesia, Brunei and Thailand. Nama botaninya... Parkia speciosa.
tahu ke tak tahu.... betul satu khasiat petai (bukanya... salah satu) siapa yang nak berhenti dari merokok dan dalam proses rehabilitasi..... Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin. haaa cuba lah kan.
vitamin.....banyak sebahagian vitamin yang terkandung di dalam kekacang/isi petai adalah protein dan lemak yang tinggi, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
unik...buah petai bermula dari kuntum bunga petai. ia keluar seperti kutil kolestrol dan di dalam beberapa hari ia membentuk papan petai mini (rujuk gambar) yang di ambil di... dan terus memanjang menjadi petai matang.