28/01/2025
Wow.. 111 tahun. Sayangnya nk tutup. Moga2 AdamsCFC juga mampu bertahan seperti ini untuk beberapa generasi, Insyaallah ...
Pembuat kicap terkenal Malaysia, Hup Teck, akan menamatkan perniagaannya selepas 111 tahun pada 28 Januari ini.
Syarikat itu mengumumkan penutupan dengan rasa berat hati dan menghargai sokongan pelanggan selama ini. Pelanggan digalakkan mengunjungi kilang di Gopeng, Perak, untuk membeli stok terakhir.
Pemiliknya, Low Bak Tong, 72, menutup kilang kerana tiada pengganti selepas bersara. Kilang ini menggunakan kaedah tradisional fermentasi dalam tempayan besar.
Low berkata, perubahan zaman telah menyebabkan banyak industri lama lenyap, termasuk empat kilang kicap lain di Gopeng, menjadikan Hup Teck yang terakhir.
📸: Instagram tobilaww